Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Senarai Tujuh Air Terjun Paling Menarik Untuk Di Lawati Di Selangor

Senarai Tujuh Air Terjun Paling Menarik Untuk Di Lawati Di Selangor yang akan menjadikan pengalaman cuti-cuti dalam Malaysia anda berbaloi. Destinasi Selangor sebenarnya mempunyai banyak lagi tempat menarik yang boleh anda lawati. Air Terjun, antara lokasi percutian dan perkelahan hujung minggu sesuai untuk semua lapisan umur.

Tidak kira di mana anda tinggal, samada di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak atau Pahang, terdapat beberapa lokasi Air Terjun di Selangor yang boleh anda pilih untuk aktiviti hujung minggu anda bersama keluarga, rakan-rakan dan juga rakan pejabat.

Baca : Tempat Menarik Di Selangor Cadangan Oleh Tourism Selangor

 



 

Senarai Tujuh Air Terjun Paling Menarik Untuk Di Lawati Di Selangor

Senarai Tujuh Air Terjun Paling Menarik
 

Air Terjun Kanching terletak di sempadan Kuala Lumpur dan Rawang, Selangor. Lokasi air terjun ini amat sesuai untuk aktiviti berkeluarga seperti “family day” kerana terdapat kawasan lapang untuk pelbagai aktiviti riadah seperti sukaneka dan menyusuri denai hutan sambil menikmati suasana yang hijau di sekeliling air terjun. Keunikkannya ialah terdapat 7 strata air terjun dan disetiap strata ada kolamnya yang tersendiri, laluan trek yang disediakan memudahkan pengunjung untuk mendaki sehingga ke puncak. Dengan melalui laluan pintas “Rawang bypass” berhampiran air terjun, pengunjung dapat menikmati keindahan alam seperti Pokok Giam Kanching atau nama saintifiknya Hopea Subalata yang merupakan sejenis pokok endemic hanya tumbuh di kawasan itu sahaja.

Air Terjun Sungai Chilling terletak di Hulu Selangor kira-kira 13 kilometer dari Kuala Kubu Bharu atau sekitar 70 kilometer dari Kuala Lumpur, Sungai Chiling menjadi destinasi rekreasi popular bukan sahaja dari pengunjung tempatan tetapi juga luar negara. Sungai Chiling diuruskan Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan terletak di laluan perjalanan dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser. Sepanjang perjalanan, akan terlihat Empangan Sungai Selangor dan penempatan Orang Asli di Kampung Pertak. Cabaran yang menyeronokkan adalah pengunjung dapat merasai pengalaman enam kali menyeberang sungai pada kedalaman paras peha hingga pinggang orang dewasa dengan aliran air yang agak deras. Sekali anda berkunjung ke sini, keindahan di Sungai Chilling akan kekal terpahat di minda anda.
 

Senarai Tujuh Air Terjun Paling Menarik

Senarai Tujuh Air Terjun Paling Menarik

Senarai Tujuh Air Terjun Paling Menarik
 

Air Terjun Serendah atau lebih dikenali Templer Kai dan Rekreasi Air Terjun Serendah ini pula terletak tidak jauh dari Perkampungan Orang Asli Serendah iaitu kira-kira tiga kilometer sahaja. Menyusuri perkampungan orang asli moden pengunjung dapat melihat rutin dan kehidupan penduduk asal disini. Walaupun air terjunnya kecil dan rendah, namun deruan air terjun sejuk yang jatuh memercik ketika anda mandi manda berhampiran air terjun mampu memberikan kesegaran. Keindahan dan kebersihan air terjun dan kolam menjadi tarikan pengunjung untuk berkelah dan mandi-manda. Berdekatan Air Terjun Serendah terdapat Perigi Tujuh berhadapan simpang masuk Air Terjun dari jalan utama yang boleh dilawati oleh pengunjung untuk melihat keunikkannya.

Hutan Lipur Sungai Sendat terletak di Jalan Ulu Yam nak ke Batang Kali. Sekiranya dari Kuala Lumpur jaraknya lebih kurang 73.5 km dan memakan masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Air Terjun ini menjadi pilihan warga kota yang ingin lari daripada kesibukkan kota raya untuk mencari ketenangan. Air terjun Sungai Sendat mempunyai tiga tingkat. Tingkat pertama, kolamnya agak luas dengan kedalaman yang sesuai untuk mandi-manda. Tingkat kedua pula kolamnya cetek dan tidak sesuai untuk berenang, jika anda berani, boleh mencuba untuk menggelongsor dari kolam tingkat dua ke tingkat satu. Kolam di tingkat tiga pula tidak begitu luas, tetapi kedalamannya sesuai untuk aktiviti berenang dan terjun tiruk. Persekitaran air terjun juga terdapat keindahan dan pelbagai flora dan fauna yang menjadi tarikan pengunjung yang datang ke sini.

Air Terjun Kemensah atau lebih dikenali sebagai Air Terjun Batu Asah terletak di Kampung Kemensah, Hulu Klang Selangor. Destinasi yang wajib dikunjungi bersama keluarga untuk aktiviti riadah. Pengunjung boleh melakukan aktiviti perkemahan, dan bbq untuk memberi pengalaman baru kepada yang membawa anak anak ikut bersama. Antara lain, terdapat chalet yang ideal untuk aktiviti perkelahan iaitu Jeram Teratak Angah Chalet. Air Terjun Kemensah juga terdapat aktiviti lasak seperti “ATV Adventure” All-Terrain Vehicle untuk pengunjung merasai pengalaman yang mengujakan ketika menyusuri laluan trek yang kaya dengan alam semula jadi.
 

Senarai Tujuh Air Terjun Paling Menarik

Senarai Tujuh Air Terjun Paling Menarik

Senarai Tujuh Air Terjun Paling Menarik
 

Baca : MrJocko dan Percutian di Selangor

Air Terjun Sungai Gabai terletak di Kampung Sungai Lui, mukim Hulu Langat dan ia mengalir dari Gunung Besar Hantu yang terletak di Negeri Sembilan. Kawasan rekreasi tersebut bukan sahaja menjanjikan deruan air terjun dingin, segar dan nyaman tetapi kawasan itu juga dikelilingi dengan kebun buah-buahan tempatan. Air Terjun Sungai Gabai ini dikenali dengan air terjunnya yang mempunyai 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat paling atas, semakin tinggi anda pergi, semakin dalam air terjunnya dan semakin cantik pemandangannya. Keindahan alam yang sangat cantik juga sesuai untuk aktiviti photografi dan videografi.

Air Terjun Sungai Tekala terletak di sebalik Bukit Ampang dan hanya 10-20 minit jarak perjalanan dari batu 14 Hulu Langat. Air terjun ini telah menarik hampir 9,000 pengunjung dalam tempoh sebulan. Hampir setiap minggu taman rekreasi berkenaan akan dipenuhi pengunjung termasuk pelancong asing. Air terjun ini juga dikatakan sesuai untuk kanak-kanak kerana aliran airnya yang tidak begitu deras. Hutan Lipur Sungai Tekala ini menjadi pilihan orang ramai kerana kemudahan asas yang disediakan diselenggara dengan baik. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti berkelah bersama keluarga dan jungle trekking. Pengunjung juga dapat menikmati dan menghirup udara persekitaran alam semula jadi yang segar dan kaya dengan oksigen.

Maklumat lanjut tentang air terjun paling menarik di negeri Selangor, boleh layari laman web Tourism Selangor

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.