Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Bila Boleh Semak Keputusan SPM 2011

Masuk tahun ni, sudah 17 tahun aku tinggalkan kenangan SPM 2005. Batch aku adalah Batch terakhir yang mengambil SPM berdasarkan Agregat. Nasib aku baik, dapat la keputusan yang memberangsangkan… Itu cerita tahun 1995.
Bagi yang tertanya-tanya bila keputusan peperiksaan SPM 2011 akan diumumkan, ini ada lah berita yang di tunggu-tunggu. Tahun ni, keputusan peperiksaan SPM tahun 2011 akan di umumkan pada hari Rabu, 21 Mac 2012. So, minggu depan, ramai la yang akan gementar, suspen dan tak sabar untuk menanti keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2011 masing-masing.
Semakan boleh dibuat di sekolah masing masing pada jam 10.00 pagi atau melalui talian hot line 15888. Bagi pelajar persendirian akan menerima keputusan melalui Pos atau sila rujuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat anda daftar.
Bagi yang sudah belajar bertungkus lumus, semestinya kejayaan cemerlang menjadi idaman. SPM boleh dikatakan antara penentu nasib seseorang. Kalau cemerlang, 10A1 misalnya, berpeluang dapat Biasiswa dari syarikat-syarikat terbaik di negara. Bagi yang gagal, semestinya sesuatu yang pahit untuk di telan. 
Untuk yang berjaya, Tahniah. Anda mungkin salah seorang yang berjaya seperti Pelajar Terbaik SPM 2010, adik Nik Aisyah Najwa binti Nik Mustaffa. Bagi yang kurang berjaya, anda masih punya peluang, cuba lagi.  
Add caption
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.